Sabtu, 6 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 5 Ms 210 Baris Paling Atas

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۖ
Pada hari ini dihalalkan bagi kamu itu segala makanan yang lazat pada orang tabiat yang selamat yang tiada datang warid nas pada haramnya
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ
Dan makanan segala mereka yang diberi akan kitab itu halal bagi kamu erti sembelihan yahudi dan nasara halal bagi kamu
وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ ۖ
Dan makanan kamu halal bagi mereka itu
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
Dan perempuan yang merdeka daripada segala perempuan mukminah dan perempuan yang merdeka daripada segala mereka yang diberi akan kitab iaitu yahudi atau nasara
مِنْ قَبْلِكُمْ
Daripada dahulu kamu itu halal bahawa kamu nikahkan merek itu erti halal nikah orang Islam dengan perempuan yahudi dan nasara

إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Apabila kamu datang akan mereka itu akan isi kahwin mereka itu
مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ
Hal kamu berkahwin tiada berzina
وَلَا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ ۗ و
Dan tiada ambil buat gundik
َمَنْ يَكْفُرْ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ
Dan barang siapa kufur murtad daripada iman maka sungguh telah batal amalannya yang soleh-soleh
وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Hanya ia pada akhirat daripada orang yang kerugian apabila mati atas murtad itu dan jika kembali Islam kena qoda’ masa murtad tiada amalan yang dahulu tetapi dengan tiada pahalanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan