يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ
Lagi menanyai mereka itu mukminin akan dikau Ya Muhammad makanan yang
dihalal bagi mereka itu
قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۙ
Kata olehmu telah dihalal bagi mereka itu akan segala makanan yang
lazat-lazat sedap-sedap
وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ

مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا
عَلَّمَكُمُ اللَّهُ ۖ
Yang kamu ajar akan mereka itu daripada barang yang mengajar akan kamu
oleh Allah Ta’ala daripada segala adab berburu
فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ
Maka makan oleh kamu daripada binatang yang diburu yang pegang ia atas
kamu sahaja dan tiada makan ia daripadanya bersalahan yang belum terajar tiada halal perburuannya maka alamatnya itu serbu
ia apabila dipercup dan terhenti ia apabila direnti berulang-ulang tiga kali
yang demikian itu
وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ ۖ
Dan sebut olehmu akan Bismillah atasnya ketika lepas perburuan itu
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ
سَرِيعُ الْحِسَابِ
Dan takut oleh kamu akan Allah Ta’ala pada suruh dan tegahnya bahawasa
Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat cepat hisab dihisab sekelian hambaNya hari
kiamat kadar dua rakat sembahyang sunat subuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan