Sabtu, 6 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 6 Ms 210 Baris Ke 8 Dari Bawah

HUKUM TAYAMMUM

Hadis kecil
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ
Hai segala mereka yang beriman apabila kamu hendak berdiri pada sembahyang dan berhadas
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ
Maka basuh oleh kamu akan segala muka kamu dan dua tangan kamu hingga dua siku dan satupu oleh kamu dengan kepala kamu dan kaki kamu hingga dua mata kaki empat anggota wudu’ dan ambil dua sunat wajib niat dan tertib jadi enam fardhu wudu’ wajib sapu sekelian kepala pada Imam Malik dan Imam Ahmad wajib serubu’ (1/4) pada imam Abu Hanifah dan barang yang dinama sapu pada Imam Syafie
وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ
Dan jika ada kamu junub maka bersuci kamu dengan mandi junub niat angkat hadas besar dan merata air bulu dengan kulit
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
Dan jika ada kamu sakit yang tiada boleh kena air atau atas musafir tiada air atau dating akan seseorang daripada kamu itu daripada hadas atau kamu sentuh akan perempuan atau setubuhnya maka tiada kamu dapat air kemudian daripada tuntutannya
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ
Maka hendaklah kamu tayammum iaitu qosad tanah yang suci maka sapu oleh kamu dengan muka kamu dan dua tangan kamu daripadanya dengan dua kali pukul dan merata dua anggota itu dengan sapu tanah
مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ
Tiada menghendaki Allah Ta’ala bahawa menjadikan atas kamu itu daripada kepecikan dengan fardhu wudu’ dan tayammum dan mandi junub itu
وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan tetapi menghendaki ia bahawa menyuci akan kamu daripada hadas kecil dan besar dan dosa dan supaya menyempurna akan ni’matnya atas kamu dengan Islam mdah mudahan kamu bersyukur akan ni’matnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan