Ahad, 31 Disember 2017

Al Maidah - Ayat 3, Baris ke 9 Ms 208

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ
Diharam atas kamu itu makan bangkai iaitu binatang yang dimakan mati dengan tiada sembelih Syara’
وَالدَّمُ
Dan makan darah yang mengalir
وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ
Dan makan daging babi
وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
Dan makan barang yang disembelih bagi nama yang lain daripada nama Allah seperti sembelih dengan nama jin dan raja
وَالْمُنْخَنِقَةُ
Dan makan yang mati tercekik leher
وَالْمَوْقُوذَةُ
Dan makan yang mati kena pukul
وَالْمُتَرَدِّيَةُ
Dan makan yang mati jatuh dari atas ke bawah
وَالنَّطِيحَةُ
Dan makan yang mati berlaga
وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ
Dan makan yang mati dimakan oleh binatang buas seperti ayam atau kambing yang dimakan musang atau harimau
وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Dan makan yang mati disembelih atas nama berhala
وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ
Dan haram bahawa kamu tikam paya tuntun bahagiannya dan hukum dengan azlam iaitu anak panah kecil tiada bulu dan batang ada ia tujuh batang pada khadam ka’bah ada atasnya tanda-tanda menurut mereka itu padanya suruh dan tegahnya
ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ
Bermula yang demikian itu fasiq kerjaan bukan taat dan turun pada Arafah tahun haji wada’
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ
Pada hari ini putus jadi dengan segala orang kafir itu daripada agama kamu daripada cadang-cadang mereka itu akan murtad kamu kerana dilihat kuatnya Islam
فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ
Maka jangan kamu takut akan mereka itu maka takut oleh kamu akan daku dengan ikut suruhKu
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
Pada hari inilah telah aku cukupkan bagi kamu akan agama kamu segala hukumnya dan fardhu dan sunatnya maka tiada turun kemudian itu halal atau haram
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي
Dan Aku sempurnakan atas kamu akan segala ni’matKu dengan dapat masuk Mekah dengan aman
وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
Dan telah Aku redhakan bagi kamu agama Islam itu maka Rasulullah kemudian daripada ini delapan puloh satu hari wafat dan kemudian daripada
واتقوا يوما
Dua puloh satu hari wafat ia
فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ
Maka barang siapa yang sangat mudharat pada kelaparan yang berkehendak makan yang haram yang tersebut itu jalan tiada mengehaja bagi maksiat maka makan ia
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maka bahawasanya Allah Ta’ala amat mengampuni lagi amat Rahim pada mengharusnya bersalahan orang yang menyengehaja maksiat seperti penyamun dan orang bughah maka tiada halal baginya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan