Ahad, 31 Disember 2017

Al Maidah - Ayat 2 Ms 207 Baris 8 Dari Bawah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ
Hai segala mereka yang beriman jangan kamu halal segala Syariat Allah yang fardhu dengan tinggal dan haram dengan seperti berburu pada tanah haram

  وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ
Dan tiada menghalal bulan syahrul haram dengan fardhu padanya
وَلَا الْهَدْيَ
Dan tiada menghalal binatang yang dihadiah pada tanah haram
وَلَا الْقَلَائِدَ
Dan tiada menghalal qalaid binatang yang digantung pada lehernya daripada kayu tanah haram supaya aman
وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ
Dan jangan kamu halal akan segala orang yang qosad datang baitil haram menuntut rezeki daripada Tuhan mereka itu dengan meniaga wa ridhwanan dan keredhaan Allah dengan kerja haji
وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ
Dan apabila kamu halal daripada ihram maka berburu oleh kamu ini suruh ibahah
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا ۘ
Dan jangan mengusaha akan kamu oleh benci satu kaum kafir kerena tahan mereka itu akan kamu daripada masjidil haram itu bahawa kamu melampau hukum atas mereka itu dengan bunuh dan lainnya
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ
Dan bertolong-tolong kamu atas kerja kebajikan dan takut Allah Ta’ala
وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
Dan jangan kamu bertolong-tolong atas mengerja maksiat dan melangkah hukum Allah
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ
Dan takut oleh kamu akan Allah
إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Bahawasa Allah Ta’ala itu amat sangat siksa mereka yang menyalahi hukumNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan