Isnin, 12 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 92 Ms 184 - 185


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ
Tiada sayugia seorang mukmin itu membunuh akan seorang dengan tersalah daripada qosadnya seperti qosad lontar perburuan atau kayu maka kena pada seorang atau pukul dengan stu yang tiada memati tiba-tiba mati

وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
Dan barang siapa membunuh akan seseorang dengan tersalah maka hukuman kena merdeka seorang hamba mukminah dan kena diat yang diserahkan pada ahli waris simati

إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا ۚ
Melainkan bahawa bersedekah mereka itu atasnya dengan maaf daripada diat dan telah menyata oleh sunnah Nabi bahawa diat seratus unta dua puluh binti makhadh dan demikian binti labun dan ibn labun dan haknya dan juz’ah atas ‘aqilah yang membunuh iaitu segala ‘asobahnya lain daripada asal dan furu’ dibahagian atas mereka itu yang kaya nisfu dinar yang pertengahan rubu’ dalam tiga tahun maka jika tiada mencukupi maka daripada baitulmal dan jika teruzur maka atas yang membunuh

فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
Dan jika ada yang kena bunuh itu daripada kaum seteru kamu dan ia mukmin maka kena meredeka hamba yang mukminah kaffarah dan tiada diat kerana ahlinya kafir harbi

وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ
Dan jika ada ia daripada kaum yang ada antara kamu dan mereka itu itu perjanjian seperti ahli zimmah maka kena diat diserah pada ahlinya iaitu thuluth diat mukmin jika orang yahudi atau nasrani dan dua thuluth ‘usyur jika majusi dan merdeka seorang hamba yang mukminah atas yang membunuh

فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ
Maka barang siapa tiada dapat hamba maka puasa dua bulan berturut-turut atasnya kaffarah

تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
Disuruh yang demikian itu taubat daripada Allah Ta’ala

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Taala itu yang Amat Mengetahui lagi Amat Pandai pada tadbir makhluknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan