Isnin, 12 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 93 Ms 185 - 186


وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا
Dan barang siapa bunuh akan orang mukmin dengan sengaja qosad bunuh dengan suatu yang memati pada ghalib

فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

Maka balasan itu neraka jahannam hal kekal ia pada dalanya dan murka Allah atasnya dan melaknatkan dia daripada rahmatNya dan menyedia baginya akan azab yang besar-besar dalam neraka ini balasan jika menghalal bunuh atau jika dibalas pada ibnu Abbas atas zohirnya dan telah menyata oleh ayat Baqarah bahawa orang yang bunuh sengaja dibunuh dengannya dan wajib diat jika dimaaf daripada bunuh dan menyata sunnah antara ‘amad dan khoto’ satu bunuh dinama syibih al amd menyerupa sengaja iaitu bahawa membunuh dengan satu yang tiada memati tiba-tiba mati tiada qisas hanya diat dan turun tatkala lalu jamaat peperangan daripada sahabat dengan seorang laki Bani Saleem dan ia halau kambing maka beri salam ia atas mereka itu maka membunuh akan dia oleh Usamah bin Zaid dengan pedangnya dengan syak tiada Islam seperti Bani Saleem yang lain-lain lari sekelian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan