Isnin, 5 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 91 Ms 184


سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَنْ يَأْمَنُوكُمْ
Lagi kamu dapati akan kaum yang lain itu menghendaki mereka itu bahawa aman mereka itu akan kamu dengan zahir iman

وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ
Dan aman mereka itu akan kaum mereka itu dengan menzahir kufur iaitu kaum Asad dan kaum Ghatfan Yahudi keliling Madinah Ar Rasul

كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ
Tiap-tiap dikembali mereka itu kepada fitnah syirik nescaya masuk mereka itu padanya dengan bersungguh-sungguh

فَإِنْ لَمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
Maka jika tiada tinggal mereka itu akan perang kamu dan tiada melontar mereka itu kepada kamu akan sulhu

وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ
Dan tiada menahan mereka itu akan tangan mereka itu daripada perang kamu

فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ
Maka ambil oleh kamu akan mereka itu tawan dan bunuh oleh kamu akan mereka itu di mana tempat yang kamu dapati akan mereka itu

وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Dan bermula sekelian kamu itu telah kami jadi bagi kamu atas mereka itu kekerasan yang nyata atas bunuh dan tawan mereka itu kerana tipu mereka itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan