Selasa, 17 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 220



فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَى قُلْ إِصْلاَحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ وَلَوْ شَاء اللّهُ لأعْنَتَكُمْ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

TAFSIR NURUL IHSAN
فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَى
Dan lagi menanyai mereka itu akan dikau daripada hukum segala anak-anak yatim dan barang yang bertemu daripada kepayahan pada kejadian mereka itu maka jika makan sekelian berdosa dan jika asing maka kepayahan ata segala wali dan atas anak yatim daripada binasa makan yang lebih-lebih
قُلْ إِصْلاَحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ
Kata olehmu bermula berbuat islah baik bagi mereka itu kebajikan dengan memberi jadi laba harta mereka itu dan memasuk berbuat baik kesukaan kamu bagi mereka itu
وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ
Dan jika kamu mencampur akan mereka itu pada makan nafkah mereka itu maka iaitu saudara kamu pada agama dan daripada sya’nu saudara itu bahawa bercampur akan saudaranya pada makanan
وَاللّهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ
Dan bermula Allah Ta’ala mengetahui akan orang yang berbuat fasid daripada orang yang muslihah pada harta anak yatim dengan bercampur makam membalas ia akan tiap-tiap daripada keduanya
وَلَوْ شَاء اللّهُ لأعْنَتَكُمْ
Dan jika menghendaki Allah nescaya mempicik Ia akan atas kamu dengan haram bercampur harta anak yatim
إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Bahawasanya Allah Ta’ala Tuhan yang Amat kuasa atas pekerjaan lagi Amat pandai pada perbuatanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan