Selasa, 17 Jun 2014

AL Baqarah - Ayat 221



وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلاَ تُنكِحُواْ الْمُشِرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُواْ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُوْلَـئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللّهُ يَدْعُوَ إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

TAFSIR NURUL IHSAN
وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ
Dan jangan kamu nikah hai muslim akan segala perempuan kafir itu hingga beriman mereka itu
وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ
Dan bermula nikah hamba perempuan yang mukmin itu terlebih baik daripada perempuan kafir merdeka kerana sebab turun ini ayat itu mengaib atas mereka mereka yang berkahwin amah dan gemar pada kahwin perempuan kafir
وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ
Dan jika mengaib ia akan kamu sekalipun kerena cantiknya dan hartanya dan ini hukum amat pada lain perempuan kitabiah
وَلاَ تُنكِحُواْ الْمُشِرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُواْ
Dan jangan kamu nikah akan laki-laki kafir itu hingga beriman mereka itu
وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ
Dan bermula nikah hamba laki-laki mukmin itu terlebih baik dariapda nikah laki-laki yang kafir
وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ
Dan jika mengajaibkan ia akan dikau sekalipun kereana hartanya dan cantiknya
أُوْلَـئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ
Bermula mereka itu kafir itu menyeru mereka itu kepada neraka dengan seru kepada mengerja amalan yang bawa ke neraka maka tiada layak menikah mereka itu
وَاللّهُ يَدْعُوَ إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ
Dan Allah Ta’ala itu menyeru kepada jalan Syurga dana ampun dosa dengan iradah kehendakNya atas lidah segala rasul maka wajib perkenan suruhnya dengan kahwin segala auliya’nya
وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Kepadadan menyata ia akan segala hukumnya bagi manusia mudah mudahan mereka itu teringat kejahatan yang  ditegah dan kebaikan yang disuruh.

ASBABUL NUZUL AYAT 221

Rasulullah sollahu alaihi wasallam telah mengutus seorang sahabat bernama Marthad bin Abi Marthad ke Makkah. Sampai di Makkah Marthad telah bertemu semula kekasih lamanya bernama Annaq, lalu Annaq lamanya mengajak ia melakukan dosa, lalu ditolak oleh Marthad. Kata Marthad "kesihan padamu, sesungguhnya Islam telah memisahkan antara kita berdua!". Annaq menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Marthad. Kata Marthad akau mesti bertanya Rasulullah sollahu alaihi wasallam.... lalu turunlah ayat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan