Rabu, 23 April 2014

Al Baqarah - Ayat 199



AYAT 199
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Then hasten onward from the place whence the multitude hasteneth onward , and ask forgiveness of Allah . Lo! Allah is Forgiving , Merciful .

TAFSIR NURUL IHSAN
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ
Kemudian bertolak oleh kamu hai Quraisy pada wuquf itu daripada mana tempat yang bertolak wuquf manusia daripada Arafat dengan bahawa kamu wuquf serta manusia dan adalah mereka itu wuquf dengan Muzdalifah kerana takabbur daripada wuquf serta mereka itu.
وَاسْتَغْفِرُواْ اللّهَ
Dan minta ampun oleh kamu akan Allah daripada dosa kamu dengan banyak baca astaghfirullah
إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bahasanya Allah ta’ala itu Tuhan yang banyak mengampuni bagi hambaNya yang mukminin lagi rahim dengan mereka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan