Isnin, 3 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 31



وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَـؤُلاء إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
And He taught Adam all the names , then showed them to the angels , saying : Inform me of the names of these , if ye are truthful .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا
Dan mengajar Ia akan Adam itu segala nama sekelian yang mempunyai nama hingga periuk besar dan kecil dan pisau besar dan kecil dan mengarap cebok air dengan bahawa ditaruh segala nama-nama itu pada hatinya Adam
ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ
Kemudian ditunjukkan sekelian nama-nama itu atas segala Malaikat kerana mengkejikan mereka itu sebab menggalang mereka itu kehendak Allah
فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَـؤُلاء
Maka firmanNya khabar itu oleh kamu akan Daku dengan sekelian nama-nama mereka itu yang mempunyai nama
إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Jika ada kamu itu benar sekelian pada kata kamu tiada makhluk Allah terlebih alim daripada kamu dan kamulah yang mustahak jadi khalifah dalam bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan