Isnin, 3 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 30


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

TAFSIR NURUL IHSAN :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ
Dan ketika berkata oleh Tuhan engkau ya Muhammad bagi segala Malaikat
إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
Bahawa Aku hendak jadi pada dalam bumi ini gantian Aku (pada melulus segala hukumKu iaitu Adam)

قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء

Kata mereka itu adakah Tuhanku hendak jadi padanya mereka yang berbuat fasid pada dalamnya dan menumpah akan darah dengan berbunuh bunuhan seperti yang diperbuat Banu al Jan (bangsa Jin) dalamnya pada masa dhulu daripada Adam maka menyuruh Allah akan Malaikat menghalau akan mereka itu pergi di pulau-pulau dan bukit-bukit

وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ
Dan kami mengucap tasbih dengan memuji Engkau dan kami mengucap taqdis bagi Engkau maka kamilah mustahak jadi khalifah tiada Adam

قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Firman Allah Ta’ala bahawa Aku itu Aku ketahui barang yang tiada kamu ketahui daripada muslihat istikhlaq Adam dan bahawasanya ada yang taat dan yang ‘asi (Berdosa/derhaka) baik dan jahat maka ketika itu zahir keadilanKu pada mereka itu maka menjadi Allah Ta’ala akan Adam daripada adim Al Ardhi segala pihak bumi dengan genggam Ia daripadanya segenggam daripada segala warna bumi dan dibancuh dengan segala baki air yang bersalah-salahan warna dan bau dan diperbuat lembaga Adam dan diguling hadapan syurga empat puloh tahun taajub sekelian Malaikat daripada kejadian dan ditiup padanya roh maka jadi ia haiwan hasasa binatang yang bergerak-gerak kemudian daripada jamad yakni ketulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan