Isnin, 31 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 190

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ الْمُعْتَدِينَ
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Terjemaah Bahasa Inggeris :

Fight in the way of Allah against those who fight against you , but begin not hostilities . Lo! Allah loveth not , aggressors .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ
Dan berperang oleh kamu pada jalan meninggi agama Allah akan segala mereka yang perang mereka itu akan kamu daripada segala kuffar Makkah
وَلاَ تَعْتَدُواْ
Dan jangan kamu melampau dengan memulai perang
إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ الْمُعْتَدِينَ
Kerana bahasa Allah Ta’ala tiada kasih Ia akan segala yang melampau ini ayat mansyukh dengan bara’ah dan dengan

Khamis, 20 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 189



يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوْاْ الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُواْ الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

TAFSIR NURUL IHSAN

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ
Lagi minta mereka itu muslimin akan dikau daripada bulan kerana apa mula iaitu halus kemudian bertambah-tambah besar hingga penuh kemudian balik ia (tiada) seperti matahari
قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ
Kata olehmu ya Muhammad yaitu segala waktu bagi manusia dan waktu haji dan waktu bertanam-tanam dan waktu meniaga dan iddah perempuan dan puasa dan berbuka dan pertangguhan maka jika berkekalan atas satu hal nescaya tiada diketahui yang demikian itu
وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوْاْ الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا
Dan tiada kebajikan itu bahawa kamu datang akan segala rumah-rumah daripada sebelah belakangnya pada ketika ihram haji adalah mereka itu masa jahiliyyah dan awal Islam tebuk lubang pada belakang rumah masuk keluar daripadanya ketika ihram dan sehingga mereka itu demikian itu kebajikan
وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُواْ الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا
Dan tetapi kebajikan itu mereka yang takut kepada Allah dan datang oleh kamu akan rumah-rumah daripada segala pintunya pada ketika ihram dan lain-lainnya
وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan takut oleh kamu akan Allah dengan tinggal menyalahiNya mudah-mudahan dapat kemenangan kamu dengan Syurga, dan tatkala di Mekah Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam daripada baitullah tahun Hudaibiyyah yaitu tahun keenam daripada Hijrah dan suluh oleh kuffar quraisy atas bahawa kembali Nabi tahun kehadapan dan biar Makkah baginya tiga hari dan bersiap-siap Nabi bagi Umrah Qoda’ dan takut mereka itu baha tiada menyempurna quraisy akan janji dan kena perang mereka itu dan benci segala muslim akan berperang pada tanah haram dan dalam ihram dan bulan syahrul haram turun firman

Al Baqarah - Ayat 188



وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

And eat not up your property among yourselves in vanity , nor seek by it to gain the hearing of the judges that ye may knowingly devour a portion of the property of others wrongfully .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
Dan jangan kamu makan akan segala harta kamu antara kamu dengan batil yang haram pada syara’ seperti curi dan rampas dan seumpamanya.
وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ
Dan kamu tunjuk dengan kepada segala hakim-hakim dengan rasuah
لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ
Supaya kamu hendak makan satu jumlah daripada segala harta manusia
بِالإِثْمِ
Dengan dosa
وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan bermula kamu itu mengetahui kamu bahawasanya kamu itu batil tuada betul sebab makan harta yang batil.

Isnin, 17 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 187



أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

It is made lawful for you to go unto your wives on the night of the fast . They are raiment for you and ye are raiment for them . Allah is aware that ye were deceiving yourselves in this respect and He hath turned in mercy toward you and relieved you . So hold intercourse with them and seek that which Allah hath ordained for you , and eat and drink until the white thread becometh distinct to you from the black thread of the dawn . Then strictly observe the fast till nightfall and touch them not , but be at your devotions in the mosques . These are the limits imposed by Allah , so approach them not . Thus Allah expoundeth His revelations to mankind that they may ward off ( evil )

TAFSIR NURUL IHSAN

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ
Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa itu jima’ pada segala isteri kamu turun ini ayat kerana mansukh bagi yang ada permulaan Islam daripada haramnya dan haram makan minum kemudian isya’
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Mereka itu perempuan itu pakaian bagi kamu dan kamu lelaki pakaian bagi mereka itu kinayah daripada setengah berhajat tiap-tiap kedua kepada taulannya atau kerana menutup salah seorang akan yang lain daripada kejahatan
عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ
Telah diketahui oleh Allah bahawasa kamu itu adalah kamu khianat kamu akan diri kamu dengan jima’ pada malam puasa telah jatuh yang demikian itu bagi saidina Umar dan lain-lainnya dan minta uzur mereka itu kepada Nabi sollahu alahi wasallam
فَتَابَ عَلَيْكُمْ
Maka menerima ia akan taubat atas kamu
وَعَفَا عَنكُمْ
Dan dimaafkan dan ampun Ia daripada kamu
فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ
Maka sekarang ini jima’ kamu akan mereka itu perempuan
وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ
Dan tuntut oleh kamu barang yang telah disurat oleh Allah Ta’ala bagi kamu daripada anak
وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ
Dan makan oleh kamu dan minum oleh kamu pada malam Ramadhan sekelian
حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ
Hingga nyata bagi kamu oleh benang putih
مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
Daripada benang hitam daripada fajar sodiq
ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ
Kemudian sempurnakan oleh kamu akan puasa itu hingga masuk malam dengan jatuh matahari
وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan jangan kamu jima’ mereka itu perempuan dan bermula itu i’tikaf pada masjid, turun ayat ini menegah bagi mereka yang ada keluar ia daripada masjid dan ia i’tikaf maka jima’ akan isterinya dan balik i’tikaf pula
تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ
Bermula sekelian yang demikian itu hukum iatulah segala had hukum Allah telah menghad akan dia bagi sekelian hambanya supaya berhenti mereka itu di sisinya
فَلاَ تَقْرَبُوهَا
Jangan kamu hampir akan dia
كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Seperti yang demikian itulah menyata oleh Allah akan segala ayat hukuman bagi manusia, mudah-mudahan mereka itu memelihara mereka itu segala hormat kepada Allah Ta’ala.