Khamis, 20 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 189



يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوْاْ الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُواْ الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

TAFSIR NURUL IHSAN

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ
Lagi minta mereka itu muslimin akan dikau daripada bulan kerana apa mula iaitu halus kemudian bertambah-tambah besar hingga penuh kemudian balik ia (tiada) seperti matahari
قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ
Kata olehmu ya Muhammad yaitu segala waktu bagi manusia dan waktu haji dan waktu bertanam-tanam dan waktu meniaga dan iddah perempuan dan puasa dan berbuka dan pertangguhan maka jika berkekalan atas satu hal nescaya tiada diketahui yang demikian itu
وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوْاْ الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا
Dan tiada kebajikan itu bahawa kamu datang akan segala rumah-rumah daripada sebelah belakangnya pada ketika ihram haji adalah mereka itu masa jahiliyyah dan awal Islam tebuk lubang pada belakang rumah masuk keluar daripadanya ketika ihram dan sehingga mereka itu demikian itu kebajikan
وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُواْ الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا
Dan tetapi kebajikan itu mereka yang takut kepada Allah dan datang oleh kamu akan rumah-rumah daripada segala pintunya pada ketika ihram dan lain-lainnya
وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan takut oleh kamu akan Allah dengan tinggal menyalahiNya mudah-mudahan dapat kemenangan kamu dengan Syurga, dan tatkala di Mekah Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam daripada baitullah tahun Hudaibiyyah yaitu tahun keenam daripada Hijrah dan suluh oleh kuffar quraisy atas bahawa kembali Nabi tahun kehadapan dan biar Makkah baginya tiga hari dan bersiap-siap Nabi bagi Umrah Qoda’ dan takut mereka itu baha tiada menyempurna quraisy akan janji dan kena perang mereka itu dan benci segala muslim akan berperang pada tanah haram dan dalam ihram dan bulan syahrul haram turun firman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan