Khamis, 20 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 188



وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

And eat not up your property among yourselves in vanity , nor seek by it to gain the hearing of the judges that ye may knowingly devour a portion of the property of others wrongfully .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
Dan jangan kamu makan akan segala harta kamu antara kamu dengan batil yang haram pada syara’ seperti curi dan rampas dan seumpamanya.
وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ
Dan kamu tunjuk dengan kepada segala hakim-hakim dengan rasuah
لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ
Supaya kamu hendak makan satu jumlah daripada segala harta manusia
بِالإِثْمِ
Dengan dosa
وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan bermula kamu itu mengetahui kamu bahawasanya kamu itu batil tuada betul sebab makan harta yang batil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan