Ahad, 1 Mei 2016

Ali Imran - Ayat 194 (M/s 151 - 152)

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ
Hai Tuhan kami dan beri olehMu akan kami barang yang Engkau janji akan kami atas lidah segala Rasul Engkau daripada rahmat syurga dan kurnia dan mengulang-ulang ROBAANA itu mubalaghah pada tadorru’
وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ {194}

Dan jangan Engkau keji akan kami pada hari kiamat kerana bahawasa Engkau tuhan yang tiada menyalahi janji sekali-kali dengan bangkit dan jaza’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan