Ahad, 1 Mei 2016

Ali Imran - Ayat 193 (M/s 151)

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ
Hai Tuhan kami telah kami dengr akan suaranya yang menyeru akan manusia keapda beriman dengan Allah iaitu Muhammad atau Quran
أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ
Bahawa beriman oleh kamu dengan Tuhan kamu
فَآمَنَّا ۚ
Maka telah beriman kami dengannya
رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ 193}

Hai Tuhan kami maka ampun olehMu bagi kami akan segala dosa kami dan kafaratkan daripada kami akan segala kesalahan kami dan wafatkan kami serta segala orang yang baik-baik daripada anbiya dan solihin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan