Isnin, 21 Mac 2016

ALI IMRAN - AYAT 180 (Muka Surat 148)



وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ
Dan jangan kamu sangka oleh segala mereka yang bakhil dengan barang yang datang akan mereka itu oleh Allah Ta’ala daripada kurniaan dengan zakat itu iaitu baik bagi mereka itu.
بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ
Tetapi iaitu bakhil zakat itu kejahatan bagi mereka itu
سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
Lagi dibelit dengan lihir mereka itu barang harta yang bakhil mereka itu dengannya zakatnya itu pada hari qiamat dengan bahawa dijadikan dia ular pada tengkukf mematuk akan dia seperti yang warada pada hadith
وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
Dan bagi Allah itu pesaka tujuh petala langit dan bumi kemudian daripada fana ahli keduanya.
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ {180}
Dan Allah Ta’ala dengan barang yang kamu berbuat amal itu amat mengetahui membalas Ia akan kamu dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan