Isnin, 21 Mac 2016

ALI IMRAN - AYAT 179

 مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ
Tiada ada Allah Ta’ala itu bahawa meninggal Ia akan segala orang yang mukmin atas kelakuan yang ada kamu atasnya daripada bercampur muslim dan lainnya
حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ
Hingga membeza ia akan orang yang jahat-jahat munafiq daripada yang mukmin dengan ditaklif perkerjaan yang payah-payah dan perbuat ia yang demikian itu hari Uhud
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ
Dan tiada ada Allah itu bahawa memberi lihat akan kamu atas perkara yang ghaib-ghaib kamu dapat kenal munafiq daripada lainnya dahulu daripada diizinkan
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ ۖ
Dan tetapi Allah Ta’ala pilih daripada segala rasulNya itu mereka yang dikehendaki maka memberi ketahui akan dia ghaibnya seperti mengetahui Nabi atas hal munafiq
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ
Dan hendaklah kamu beriman dengan Allah dan segala rasulNya
وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا
Dan jika kamu beriman dan kamu takut akan jadi munafiq
فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ {179}
Maka bagi kamu pahala yang sangat besar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan