وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ
أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَابِ
Dan bahawa setengah
dari mereka itu satu firqah seperti Ka’ab bin al Asyraf mempaling mereka itu
akan lidah mereka itu dengan baca kitab daripada yang diturun kepada yang
ditukar daripada sifat nabi dan lainnya.
لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا
هُوَ مِنَ الْكِتَابِ
Supaya kamu sangka
akan dia daripada kitab Allah dan tiada ia daripada kitab Allah
وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
وَمَا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
Dan kata mereka itu
Yahudi iaitu yang dibaca itu daripada hukum Allah dan pada hal bukan ia
daripada hukum Allah
وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ
وَهُمْ يَعْلَمُونَ {78}
Dan berkata mereka
itu yahudi atas Allah ta’ala akan perkataan dusta dan mereka itu ketahui
sekelian bahawa mereka itu dusta dan turun tatkala kata nasora Najran bahawa
Isa suruh akan mereka itu bahawa ambil mereka itu akan dia buat tuhan atau
tatkala menuntut setengah muslimin akan sujud bagi Nabi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan