Isnin, 6 Julai 2015

Ali Imran - Ayat 77



إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا
Bahawasanya segala mereka yang menukar mereka itu dengan janji Allah kepada mereka itu pada iman dengan Nabi Muhammad dan tunai amanah dan sumpah mereka dusta akan harga yang sedikit daripada dunia
أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ {77}
Mereka itulah tiada bahagian bagi mereka itu pada Akhirat dan tiada berkata-kata akan mereka itu oleh Allah Ta’ala kerana murka atas mereka itu dan tiada memandang Ia kepada mereka itu dengan pandangan rahmat pada hari qiamat dan tiada suci Ia akan mereka itu daripadaa dosa dan bagi mereka itu azab yang sangat sakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan