SURAH ALI IMRAN
Dua ratus melainkan satu ayat
بسم الله
الرمن الرحيم
AYAT 1
الم
Alif lam mim
Persoalan maksud ayat Alif Lam
Mim terdapat banyak kekhilafan di kalangan ulama tafsir. Berkata sesetengah
ulama seperti Amir Syu’bi, Sufyan As-Tsauri dan beberapa ulama hadis yang lain,
ia adalah merupakan rahsia Allah di dalam al-Quran dan bagi Allah swt hanya DIA
yang maha mengetahui akan maknanya. Alif Lam Mim dan seumpama dengannya
termasuk di dalam ayat-ayat Mutasyabihat iaitu
perkara-perkara yang tidak diketahui maknanya.
Allah swt sahaja yang
mengetahuinya dan tidak wajib kita bercakap berkenaan maksud atau maknya. Akan
tetapi wajib bagi kita beriman kepadanya. Adalah menjadi kemestiaan untuk kita
membaca sebagaimana yang dibawa kepada kita iaitu dalam bacaan Quraisy. Ini
adalah kerana Rasulullah menggunakan bacaan Quraisy. Inilah pendapat Abu Bakar As-Siddiq ra dan Ali bin Abi Talib ra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan