Isnin, 5 Januari 2015

Al Baqarah - Ayat 286



لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Tiada memberi Allah Ta’ala akan seorang itu melainkan sekuasanya
لَهَا مَا كَسَبَتْ
Baginya barang yang ia usaha daripada kebajikan
وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Dan atasnya barang yang ia usaha daripada kejahatan dosanya dan tiada diambil seorang dengan dosa orang lain dan tiada dengan barang yang tiada ia kerjakan dia daripada waswas hatinya sahaja
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
Kata mereka itu hai Tuhan kami Jangan Engkau ambil akan kami dengan ‘iqab siksa jika kami terlupa atau kami tersalah dengan tiada sengaja seperti barang yang Engkau ambil dengannya Bani Israel dahulukala dan seungguh telah menegah Allah Ta’ala yang demikian itu daripada ini umat Muhammat seperti datang pada hadis yang pinta itu mengaku dengan ni’mat Allah Ta’ala
رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا
Hai Tuhan kami dan Jangan Engkau tanggung atas kami akan keberatan seperti barang yang Engkau tangguh akan dia atas segala mereka yang dahulu daripada kami Bani Israel daripada bunuh nyawa pada taubat dan keluar rubu’ harta pada zakat dan gunting tempat kena najis daripada badanya atau kain pada basuh najis
رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ
Hai Tuhan kami dan Jangan Engkau tanggung akan kami barang yang tiada kuasa bagi kami dengannya daripada segala taklif keberatan dan bala’
وَاعْفُ عَنَّا
Dan hapus olehMu daripada kami segala dosa kami
وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
Dan ampun olehMu bagi kami dengan tutup ‘aib kami dan rahmat olehMu akan kami dengan sempurna ni’mat dunia dan akhirat kepada kami
أَنتَ مَوْلاَنَا
Engkau Tuhan kami yang memerintah segala pekerjaan kami
فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maka tolong akan kami atas segala kaum kafir dengan mendiri hujjah dan menang pada peperangan dengan mereka itu kerana kelakuan Tuhan itu menolonga akan hambaNya atas a’da’ pada hadis tatkala turun ini ayat baca akan dia Sollahu alaihi wasallam dikata baginya mengiringi tiap-tiap kalimah itu pada    فعلتُ     sungguh telah aku perbuat sabda Nabi sollahu alaihi wasallam ini tiga ayat khatam surah al Baqarah barang siapa bacakan dia tiada hampir oleh syaitan rumahnya tiga malam iaitu daripada لله ما في السموات    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan