وَإِذْ
قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Dan ketika berkata
oleh Nabi Ibrahim
رَبِّ
اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً
Hai Tuhanku jadikan
ini negeri Makkah itu aman dan sungguhn telah terima Allah doanya menjadi akan
dia tanah haram tiada ditumpah padanya darah manusia dan tiada diburu
perburuannya dan tiada dikerat rambutnya yang basah
وَارْزُقْ
أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ
Dan rezeki olehMu akan
ahlinya daripada segala buah-buahan dan sungguh-sungguh telah diperbuat
demikian itu dengan dipindah Toif dariapda Syam dan adalah Makkah itu اقفر tiada
tanaman padanya dan tiada air.
مَنْ
آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Mereka yang beriman
daripada mereka itu dengan Allah dan hari yang kemudian menentu Ia akan mereka
itu dengan doa kerana muwafaqah bagi firmanNya لن ينال عهدي
الظالمين
قَالَ
وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً
Firman Allah Ta’ala
dan bermula mereka itu yang kufur itu maka aku beri bersedap-sedap rezeki dalam
dunia sedikit masa hidupnya
ثُمَّ
أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ
Kemudian Aku beri mudharat
akan dia pada akhirat kepada ‘azab
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Dan sejahat-jahat
tempat kembali itu neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan