الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ
يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ
الْمَسِّ
Segala mereka yang makan riba itu tiada diboleh
berdiri daripada qubor mereka itu melainkan seperti mereka yang dihempaskan dia
oleh syaitan daripada gila pengsan
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ
Bermula yang demikian itu dengan sebab bahawa mereka
itu berkata
إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا
Hanya jual beli itu seperti diba ini daripada عكس menyerupai cakap terbalik kerana mubalaghah maka firman Allah Ta’ala menolak atas mereka itu
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ
الرِّبَا
Maka menghalal oleh Allah akan jual beli dan
mengharam ia akan riba iaitu ziyadah (tambahan) pada jual beli emas atau perak
atau طعام sama-samanya atau ziyadah (tambahan) kerana pertangguhan yang
disyarat dalam ‘aqad adapun bayar lebih dengan tiada ‘aqad itu sunat
فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ
فَانتَهَىَ
Maka barang siapa yang datang akan dia pengajaran
daripada Tuhannya maka berhenti ia daripada makan riba
فَلَهُ مَا سَلَفَ
Maka baginya barang yang telah lalu dahulu daripada
ditegah tiada diambil balik
وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ
Dan pekerjaan pada empunya itu kembali pada Allah
وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ
النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan barang siapa yang kembali mengerja pula
menghalal riba seperti jual beli maka mereka itulah yang empunyai neraka mereka
itu apda dalamnya kekal sekelian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan