حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى
وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Peliharalah
kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang
fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah
(dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
TAFSIR NURUL IHSAN
Sembahyang
wusto….
حَافِظُواْ
عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى
Pelihara
oleh kamu atas sembahyang lima waktu dan sembahyang wusto yaitu ‘asar atau
subuh, beberapa aqwal disebut akan dia kerana kelebihannya
وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Dan
berdiri oleh kamu bagi Allah akan sembahyang itu hal keadaan kamu taat sekelian
baginya tiada bagi lainnya.
Tambahan (bukan dari Tafsir Nurul
Ihsan)
Rasulullah
sollahu alaihi wasallam bersabda :
صلُّوا
كَما رأَيتُموني أُصلي
Sembahyanglah
kamu (caranya) seperti kamu lihat aku sembahyang.
PERTAMA :
DENGAN MAKSUD SOLAT ASAR
Firman
Allah: khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar). Adapun solat wusta maka
mengikut pendapat yang rajih yang dipilih dari pelbagai riwayat ialah solat
asar kerana Rasulullah s.a.w bersabda pada hari peperangan al-Ahzab: Mereka
telah menghalangi kita daripada solat wusta, iaitu solat Asar. Allah penuhkan
hati dan rumah mereka dengan api neraka! (riwayat Muslim)
Sayid Qutub berkata:
Dalam ayat ini diperintahkan supaya dipeliharakan semua solat, iaitu
mendirikannya di dalam waktu-waktunya masing-masing dan menyempurnakan segala
rukun dan segala syaratnya.
Ibn al-Arabi mengemukakan tiga andaian:-
Ia diambil daripada perkataan al-wasat yang bermaksud saksama, terbaik dan
mempunyai kelebihan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 143
yang bermaksud:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ
أُمَّةً وَسَطاً
Dan demikianlah Kami
jadikan kamu (wahai Muhammad) satu umat pilihan lagi adil.
KEDUA : DENGAN MAKSUD
SOLAT SUBUH
Ibn al-Qasim berkata, Malik berkata:
Solat subuh ialah solat wusta kerana solat zuhur dan asar pada waktu siang dan
solat maghrib dan isyak pada waktu malam, sedangkan subuh berada antaranya dan
ia solat yang paling sikit kadarnya.
Solat zuhur dan asar
boleh dijamakkan, begitu juga maghrib dan isyak boleh dijamakkan sedangkan
solat subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana solat pun. Ia juga solat
yang ramai orang terluput kerana tertidur.
Pandangan yang sama disebut oleh Zaid bin Aslam.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa
solat subuh ialah solat wusta kerana dikerjakan antara kegelapan malam dan
kecerahan siang. Di samping itu kerap kali manusia terluput mengerjakannya. Ibn
Abbas juga berkata: Setelah membaca qunut dalam solat subuh, inilah solat
wusta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan