وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن
تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ
إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ وَأَن
تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ
اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum
kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar
maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang
telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya);
atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin
itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan)
itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan
berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang
kamu kerjakan.
TAFSIR NURUL IHSAN
وَإِن
طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ
فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ
Dan jika kamu talak akan mereka itu dan sungguh telah kamu
fardhu bagi mereka itu mahar akan sebagai fardhu maka wajib setengah barang
yang telah kamu fardhu
إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي
بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ
Melainkan bahawa memaafkan oleh mereka itu isteri atau memaaf
oleh suami dengan tangannya aqad nikah dengan tinggal mahar bagi isteri
sekelian
وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Dan bermula maaf-maaf kamu itu terlebih hamper bagi taqwa
akan Allah daripada insaf
وَلاَ
تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
Dan Jangan kamu lupa akan kebaikan antara kamu laki isteri
dan ibu bapa keduanya
إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Bahasanya Allah Ta’ala dengan barang yang kamu kerja itu amat
melihat maka membalas Ia akan kamu dengannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan