Isnin, 23 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 224



وَلاَ تَجْعَلُواْ اللّهَ عُرْضَةً لِّأَيْمَانِكُمْ أَن تَبَرُّواْ وَتَتَّقُواْ وَتُصْلِحُواْ بَيْنَ النَّاسِ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui

TAFSIR NURUL IHSAN

وَلاَ تَجْعَلُواْ اللّهَ عُرْضَةً لِّأَيْمَانِكُمْ
Dan jangan kamu jadi akan lafaz Allah itu lintang kalang bagi sumpah kamu dengan kamu banyak bersumpah dengan nama Allah
أَن تَبَرُّواْ وَتَتَّقُواْ
Bahawa tiada kamu berbuat baik dan tiada kamu takut akan Allah Ta’ala maka makruh bersumpah yang demikian itu kerana meninggal kebajikan dan sunat beri kena sumpah dan bayar kaffarah bersalahan bersumpah atas yang mengerjakan kebajikan seperti katanya demi Allah aku hendak bersedekah atau puasa sunat atau kenduri maka iaitu kebajikan sunat diberi pahala wajib dengan nazar itu
وَتُصْلِحُواْ بَيْنَ النَّاسِ
Dan bersumpah bahawa tiada kamu sulhu antara manusia makna jangan kamu berhenti daripada mengerjakan kebajikan apabila kamu bersumpah atas tinggalnya tetapi hendaklah kamu kerja kebajikan itu dan kamu bayar kaffarah
وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar segala perkataan kamu lagi Amat Melihat segala kelakuan kamu

DENDA MELANGGAR SUMPAH
Sesiapa yang mendustai sumpah, maka wajib membayar denda satu daripada empat perkara yang berikut :

  1. Memerdekakan seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mu’min jika ada. 
  2.  Memberi makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan asasi sebuah Negara tersebut dengan kadar secupak. Member makanan disini bermaksud wajib memberi makanan kepada orang miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput mereka menikmati jamuan makan dirumah.
     
  3.  Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin.
  4. Jika tidak mampu melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan halangan kesusahan, maka wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa putus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan