Memaparkan catatan dengan label Muqaddimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muqaddimah. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

Muqaddimah




الحمد لله الذي علم القرآن وخلق الانسان وعلمه البيان


Segala puji bagi Allah Tuhan yang mengajar akan Quran dan menjadi ia akan manusia mengajar ia akandia kenyataan dan selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad sollahu alaihi wasallam sohib al Quran dan rahmat Allah dan sejahteranya atas penghulu kami yang empunyai kitab Quran, dan atas keluarganya dan para sahabat dan tabiin untuk mereka diimani dan ihsan dan atas keluarganya dan sahabatnya dan segala yang mengikut bagi mereka itu dengan iman dan kebajikan.
  (أما بعد) فقد سألنى بعض الإخوان أن أكتب لهم بلغة قدح القرآن كي يفهموا امره ونهيه بالسرعان ولا يتجلجلوا في الطاعة والإيمان


adapun kemudian daripada itu maka sungguh telah pinta pada hamba oleh setengah ikhwan yang mulia-mulia bahawa hamba surat bagi mereka itu dengan bahasa melayu kedah akan Quran supaya dapat faham mereka itu akan suruhanNya dan tegahanNya dengan mudah dan tiada bergoyang-goyang hati mereka itu pada taat dan iman.
 فأجبته وإن لم أكن أهلا لذلك طلبا لرضى الرحمن وانشراحا لقلوب الاخوان


Maka hamba perkenankan dia dan jika tiada hamba ahli bagi demikian itu sekalipun, kerana menuntut keredhaan Tuhan Ar Rahman dan menyuka bagi sekala hati ikhwan.

وكان معتمدي فيه الجلالين والبيضاوي والجمال وغيرها من تفاسير القرآن


Dan adalah tempat pegangan hamba padanya itu tafsir Jalalain dan Baidhowi dan Jamal dan lain-lainnya daripada segala kitab tafsir Quran.