Isnin, 2 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 44 Ms 226 Baris Ke 4 Dari Atas



إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ
Bahawasa kami telah kami turun akan kitab Taurah pada Nabi Musa ada pada dalamnya hidayah kepada jalan yang betul daripada yang sesat dolalah dan nur menerang bagi segala hukum agama menghukum dengannya oleh segala nabi-nabi daripada bani Israel yang Islam mereka itu berserah bagi Allah semata mata menghukum bagi segala yahudi dan segala ulama dan fuqaha’
بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ
Dengan sebab barang yang disuruh pelihara mereka itu akan dia daripada kitab allah bahawa jangan ditukar-tukar akan dia
وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ
Dan adalah mereka itu atasnya jadi saksi bahawa Taurah itu Sebenar
فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ
Maka jangan kamu takut akan manusia hai yahudi pada menzahirkan hukum yang Sebenar pada kamu daripada sifat Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam dan huum rejam dan lain
وَاخْشَوْنِ
Dan taku oleh kamu akan daku pada menyembunyikan hukum
وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ
Dan jangan kamu tukarkan dengan segala ayatku itu kepada harga yang sedikit daripada dunia kamu ambil akan dia atas sembunyinya
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan barang yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala maka bermula mereka itu mereka itulah yang kafir sekelian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan