Ahad, 4 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 26 Ms 218 Baris Pertama


Surat Al-Ma'idah Ayat 26
قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ
FirmanNya maka bahawasa bumi Baitul Maqdis itu diharamkan atas mereka itu masuk ke dalamnya empat puloh tahun sesat jalan mereka itu pada bumi padang tih  tiada boleh keluar riwayat adalah mereka itu enam ratus ribu orang berjalan mereka itu semalam malaman bersungguh-sungguh berpagi-pagi mereka itu pada tempat mula berjalan mereka itu siang hari demikian jua adalah tempat itu Sembilan farsakh lebar tiga puloh farsakh panjang satu farsakh tiga mil hingga mati sekelian di padang tih melainkan mereka yang belum umor dua puloh tahun masuk tempat itu mati Harun dan Musa di padang tih kemudian daripada Harun setahun maka Harun tua daripada Musa setahun
فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
Maka jangan kamu dukacita Ya Musa atas kaum yang fasiq-fasiq itu kerana mereka itu mustahak yang demikian itu sebab fasiq mereka itu adalah kejadian padang Tih itu dirahmat bagi Musa dan Harun dan Yusya dan Kalib azab bagi mereka itu sekelian dan Nabi Musa pohon akan Tuhannya ketika matinya bahawa hampirkan dia pada bumi Baitil Maqdis satu kali lempar batu maka menghampirkan dia seperti pada hadis dan di angkat Yusya’ jadi Nabi kemudian daripada empat puloh tahun dan suruh perang jabbarin maka pergi ia dengan askar yang tinggal dan berperang ia akan mereka itu hari Jumaat dan direntikan matahari satu saat hingga selesai ia daripada perang mereka itu telah rayat Imam Ahmad hadis bahawa matahari tiada ditahan atas seseorang melainkan bagi Nabi Yusya’ segala malam yang ia berjalan ke Baitil Maqdis dan bagi Nabi Muhammad dua kali Pertama hari perang khandak ketika lalai mereka itu daripada sembahyang asar hingga jatuh matahari maka dikembalikan dia oleh Allah Ta’ala hingga dapat sembahyang tunai kedua pagi malam Mi’raj ketika mengkhabarkan ia dengan datang angkatan unta ketika jatuh matahari maka jatuh matahari angkatan belum datang maka dikembali Allah akan matahari hingga dating angkatan Mukjizat bagi Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan