قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ
أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا
Telah
berkata oleh dua orang lelaki daripada segala orang yang takut menyalahi suruh Allah
yang ni’mat Allah Ta’ala atas keduanya dengan pelihara suruh Allah maka
bersembunyi kedua akan hal Jabbarin melainkan dariapda Musa dan Harun iaitu
Yusya’ bin Nun dan Kalib Yuqiya daripada Antaqia yang dua belas (12) yang
disuruh Musa pada menolong orang negeri Sham
ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ

فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ
ۚ
Maka
apabila kamu masuk akan dia maka bahawa kamu itulah yang menang sekelian kata
kedua itu yang demikian itu kerana yakin dengan pertolongan Allah dan janjiNya
وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ
مُؤْمِنِينَ
Dan
atas Allah Ta’ala jua maka berpegang kamu jika ada kamu itu beriman sekelian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan