وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ
Telah berkata orang yahudi dan nasara
نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ ۚ
Kami ini anak Allah dan kekasihnya
قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ ۖ
Kata olehmu Ya Muhammad maka kerana apa mengazab ia akan kamu dengan segala
dosa kamu jika Sebenar perkataan kamu anak Allah dan kekasihnya kerana bapa
tiada mengazab akan naknya dan tiada mengazab kekasih akan kekasihnya maka kamu
dusta pada kata kamu anak Allah dan kekasih itu
بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ ۚ
Tetapi kamu itu manusia daripada jumlah makhluk yang kena jadi bagi
kamu hukum barang bagi mereka itu atas kamu hukum barang atas mereka itu
daripada nikmat dan azab
يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ
Mengampun ia bagi mereka yang dikehendaki ampun dan mengazab ia bagi
mereka yang dikehendaki azab tiada i’tiradh atasnya
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Dan bagi Allah Ta’ala semata mata milik tujuh petala langit dan bumi
dan barang yang antara keduanya itu dan kepadanya jua tempat kembali kamu
membalas ia akan amalan baik dan jahat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan