Khamis, 1 Februari 2018

Al Maidah - Ayat 015 Ms 214 Baris 8 Dari Bawah


يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.


TAFSIR NURUL IHSAN

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Hai ahli kitab yahudi nasoro
قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ
Sungguh telah datang akan kamu oleh rasul Kami Muhammad menyata ia bagi kamu itu akan kebaikan daripada barang yang ada kamu sembunyi daripada kitab Taurat dan Injil sperti ayat rejam dan sifat Muhammad dalam Taurat dan Injil
وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ
Dan memaaf ia daripada kebanyakan yang kamu sembunyi tiada nyata akan dia kerana tiada muslihat yang besar
 قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ

Sungguh telah datang akan kamu hai yahudi dan nasoro daripada Allah Ta’ala itu nur iaitu Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan kitab Quran yang menyatakan segala hukum-hukum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan