Rabu, 18 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 52 Ms 229 Baris Ke 5 Dari Bawah



فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
Maka engkau lihat ya Muhammad akan segala mereka yang ada pada dalam hati mereka itu sakit dhaif I’tiqad seperti Abdllah ibni Ubai yang munafiq
يُسَارِعُونَ فِيهِمْ
Bersegera mereka itu pada mewali mereka itu yahudi dan nasara
يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ
Berkata mereka itu kami takut bahawa kena kami daerah berubah masa daripada kalah perang Muhammad dan tiada sempurna kerja Muhammad firmannya
فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ
Maka sungguh Allah Ta’ala bahawa mendatang ia dengan pertolongan dan menang perang atau pekerjaan daripada sisinya dengan buka malu atau aib orang munafiqin dan kekejian mereka itu
فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ
Maka jadi mereka itu atas barang yang tersembunyi pada dalam hati mereka itu menyesal sekelian daripada syak pada Nai bersetia orang kafir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan