Sabtu, 23 Jun 2018

Al Maidah - Ayat 41 Ms 224 Baris Ke 5


 ۞ يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ
Jangan mendukacita akan dikau oleh segala mereka yang bersegera mereka itu pada mengerja pekerjaan yang jadi kufur
مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ ۛ
Daripada segala mereka yang berkata mereka itu “amanna” telah beriman kami berkata kami berkata dengan mulut mereka itu sahaja dan tiada beriman di hati mereka itu itu iaitu segala orang munafiqin.
وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ
Dan setengah daripada segala orang yahudi itu banyak mendengar mereka itu bagi dusta yang diperbuat oeh ulama mereka itu
سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ۖ
Banyak mendengar mereka itu daripada engkau ya Muhammad bagi kaum yang lain yang tiada datang mereka itu akan dikau mereka itu yahdi khaibar berzina dua orang mohson maka benci mereka itu direjam keduanya maka suruh mereka itu yahudi quraidhah menyanyai Nabi Muhammad sollahu alahi wasallam daripada hukum keduanya
يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ مَوَاضِعِهِ ۖ
Menukar mereka itu akan kalimah hukum daripada segala tempatnya dalam Taurah seperti ayat rejam dan sifat nabi
يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَٰذَا فَخُذُوهُ
Berkata mereka itu jika didatangkan kepada kamu ini hukum balun sahaja maka ambil oleh kamu akan dia
وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ
Dan jika tiada datang kamu akan dia maka pelihara oleh kamu akan dia erti jika Muhammad fatwa balun sahaja kamu terima dan jika rejam kamu jangan terima maka pergi mereka itu kepada Nabi bersama-sama dua orang yang berzina itu maka menyuruh nabi dengan rejam maka enggan mereka itu kata Jibrail jadi antara engkau dengan mereka itu Ibnu Suria alim yahudi maka sabda nabi adakah kamu kenal orang muda putih bular nama suria kata mereka itu “na’am” ya itu terlebih alim yahdi atas bumi dengan Taurah maka di baw datang ibnu suria, maka sabda nabi engkaukah ibnu suria yang terlebih alim yahudi berkata ia “na’am” begitulah orang kata, sabda Nabi bagi mereka itu adakah kamu redha ia menghukum kata mereka itu “na’am” maka sabda Nabi aku Tanya akan dikau dengan nama Allah Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Ia yang membuka akan laud an melepas akan kamu dan mengkaram Ali Firaun, adakah kamu dapat dalam kitab kamu rejam atas orang mohson, berka ia naam, maka menyuruh rejam mabi dua orang yang berzina pada pintu masjid Madinah, maka mohson itu yang sudah bersamai jima’ dalam nikah
وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَنْ تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ
Dan barangsiapa yang menghendaki Allah Ta’ala akan fitnahnya maka tiada dapat engkau miik daripada Allah suatu pada menolongnya
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ
Bermulal mereka itu segala mereka yang tiada menghendaki Allah bahawasa mensucikan hati mereka itu daripada kufur dan munafiqin dan jika dikehendaki nescaya jadi ia beriman
لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ
Bagi mereka itu pada dunia itu kehinaan dan kena jizyah hasil kepala
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan bagi mereka itu pada Akhirat azab yang besar2

Tarikh Bentang : 25 Jun 2018 ; Hari : Isnin ; Tempat : Masjid Bukit Indah ; Kuliah Subuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan