Ahad, 14 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 8 Ms 211 Baris Paling Bawah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ
Hai segala mereka yang beriman hendaklah ada kamu itu mendiri akan segala hukum Allah kerana Allah semata-mata jangan kerana nafsu hal saksi dengan keadilan tiada dengan zalim
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ
Dan jangan menanggung akan kamu oleh kebencian kaum kafir kepada kamu itu atas bahawa tiada kamu berbuat adil dengan sebab seteru mereka itu akan kamu
اعْدِلُوا
Adil oleh kamu pada seteru dan kekasih
هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ
Iaitu berbuat adil itu terlebih hampir bagi jalan takut akan Allah
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan takut oleh kamu akan Allah pada suruh dan tegahnya kerana bahawasa Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengetahui dengan barang yang kamu berbauat amal daripada baik dan jahat maka membalas Ia akan kamu dengan perjanjian Allah dengan orang mukminin dan kafir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan