Isnin, 30 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 153 Ms 200 - 201 Baris ke 4 Dari Bawah

يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ ۚ
Lagi meminta akan dikau Ya Muhammad oleh ahli kitab yahudi bahawa engkau turun atas mereka itu kitab daripada langit jumlah sekali turun seperti yang diturun atas Musa maka jika engkau membenar yang demikian itu
فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِنْ ذَٰلِكَ
Maka sungguh telah meminta mereka itu akan Musa yang terlebih besar daripada yang demikian lagi
فَقَالُوا
Maka kata mereka itu
أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً
Perlihat akan kami Allah itu terang-terang
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ
Maka mengambil akan mereka itu oleh lintar mati mereka itu dengan sebab zalim mereka itu pada permintaan yang tiada layak
ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ
Kemudian mengambil mereka itu akan ‘ijil buat tuhan akan disembah
مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ
Kemudian daripada barang yang datang akan mereka itu oleh kenyataan mukizat wahdaniah Allah
فَعَفَوْنَا عَنْ ذَٰلِكَ ۚ وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maka kami maafkan daripada yang demikian itu dan kami memberi akan Musa sultan kekuasaan yan nyata sekira-kira taat mereka itu akan suruhan dengan membunuh diri mereka itu tujuh puloh ribu pada satu hari taubat daripada sembah ‘ijil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan