Isnin, 25 September 2017

An Nisa' - Ayat 131 Ms 195 - 196

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
Dan milik bagi Allah barang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi
وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ
Dan sungguh telah kami wasiat akan segala mereka yang diberi mereka itu kitab daripada dahulu kamu daripada yahudi dan nasrani dan akan kamu itu bahawa takut oleh kamu akan Allah Ta’ala dengan kamu taat akan dia pada amaran dan nahinya dan jangan memaksiatkan Dia
وَإِنْ تَكْفُرُوا
Dan jika kamu kufur dengan wasiat itu
فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
Maka bahawasa bagi Allah barang yang dalam tujuh petala langit an barang yang dalam bumi kejadian dan milik dan hamba maka tiada mudharat akan dia kerana kufur kamu
وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat Kaya daripada makhlukNya lagi Amat kepujian pada perbuatannya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan