Rabu, 19 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 104 Ms 189

dan turun tatkala menyuruh Nabi solllahu alahi wasallam satu toifah pada ikut Abi Sufian dan sahabatnya pada ketika kembali mereka daripada Uhud maka mengadu hal mereka itu akan banyak kena luka

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ
Dan jangan kamu dhaif pada ikut kaum kafir kamu bunuh akan mereka itu

إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
Jika ada kamu sakit maka bahawasa mereka itupun sakit seperti barang yang kamu sakit juga dan kamu ada harap daripada Allah Ta’ala barang yang mereka itu tiada harap daripada Syurga dan ampun dosa maka sayugia bahawa kamu terlebih gemar daripada mereka itu

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatanNya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan