Khamis, 28 Disember 2017

An Nisa' - Ayat 176 Ms 206 Baris Ke 9 Dari Bawah

يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ ۚ
Lagi minta fatwa mereka itu akan dikau kata olehmu ya Muhammad bermula Allah Ta’ala memfatwa akan kamu pada kalalah
إِنِ امْرُؤٌ هَلَكَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُخْتٌ
Jika seorang mati yang tiada baginya anak lelaki dan cucu lelaki dan bapa itu kalalah dan ada baginya saudara perempuan syaqiq atau sebapa
فَلَهَا نِصْفُ مَا تَرَكَ ۚ
Maka baginya nisfu barang yang tinggal oleh saudaranya
وَهُوَ يَرِثُهَا إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا وَلَدٌ ۚ
Dan ia saudara lelaki mempusaka akan dia jika tiada baginya anak lelaki atau cucu lelaki ‘asobah dan jika ada anak lelaki atau cucu lelaki maka saudara mahjub dan jika ada anak perempuan maka baginya barang yang lebih dan jika saudara itu seibu maka baginya sudus
فَإِنْ كَانَتَا اثْنَتَيْنِ فَلَهُمَا الثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَ ۚ
Dan jika ada saudara perempuan itu dua orang atau lebih maka baginya dua thuluth daripada barang yang ditinggal
وَإِنْ كَانُوا إِخْوَةً رِجَالًا وَنِسَاءً فَلِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۗ
Dan jika ada mereka itu saudara itu lelaki dan perempuan maka bagi seorang lelaki seumpama bahagian dua orang perempuan
يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا ۗ
Menyatakan Allah Ta’ala bagi kamu segala hukum agama bahawa jangan kamu sesat
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan bermula Allah Taala dngna tiap-tiap suatu itu amat mengetahui


Selesai Pembentangan Surah An Nisa' di Masjid Bukit Indah Pada 28 Dis 2017, Maka akan bermula pula pembentangan Surah Al Maidah pada awal tahun 2018



Tiada ulasan:

Catat Ulasan