Isnin, 11 Disember 2017

An Nisa' - Ayat 171 M/s 205 Baris Paling Atas

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ
Hai ahli kitab yahudi nasrani jangan kamu melampau had hukum pada agama kamu seperti berlebih lebihan yahudi benci Nabi Isa dikata anak zina dan berlebih lebihan kasih nasrani dikata anak Allah
وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ
Dan jangan kamu kata atas Allah Ta’ala melainkan perkataan yang benar daripada Maha Suci Allah Ta’ala daripada syirik dan anak
إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ
Hanya Masih Isa anak Maryam itu pesuruh Allah Ta’ala dan kelebihan dilontar akan dia kepada Maryam dan ruh daripadanya dan tiada ia anak Allah atau tuhan sertanya atau thalith thalathah seperti barang yang kamu dakwa kerana yang empunya ruh itu bersusun dan Tuhan maha suci daripada bersusun dan daripada nisbah bersusun kepadanya
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ
Maka bferiman oleh kamu dengan Allah Ta’ala dan segala rasulNya dan jangan kamu kata Tuhan itu thalathah Allah dan Isa dan Maryam
انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ
Berhenti oleh kamu daripada yang demikian itu terlebih baik bagi kamu daripadanya iaitu tauhidkan Allah
إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
Hanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang esa
سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ
Maha sucinya Allah Ta’ala bahawa ada bagiNya anak atau ibu bapa atau keduanya
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
bagiNya barang yang di dalam tujuh lapis langit dan barang yang di dalam bumi kejadian dan milik maka milik itu menafikan nubuwwah kerana milik sifat Tuhan dan nubuwwah sifat hamba seperti tiada boleh tuhan jadi nabi jadi tuhan maka Nabi Isa hamba bukan tuhan
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

dan memadalah dengan Allah Ta’aa itu saksi yang demikian itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan