Selasa, 7 November 2017

An Nisa' - Ayat 156 & 157 Ms 201 - 202 Baris Paing Bawah

وَبِكُفْرِهِمْ وَقَوْلِهِمْ عَلَىٰ مَرْيَمَ بُهْتَانًا عَظِيمًا
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ
Dan dengan sebab kufur mereka itu dan kata mereka itu Siti Mariam akan perkataan dusta yang besar tuduh berzina dan kata mereka itu bahawa telah kami bunuh Nabi Isa anak Mariam Rasulullah itu telah kami azabkan mereka itu dengan neraka
وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ ۚ
FirmanNya tiada membunuh mereka itu akan dia Nabi Isa dan tiada sula mereka itu akan dia dan tetapi diserupa bagi mereka itu yang dibunuh dan disula itu rupa Isa iaitu kawan mereka itu maka zon mereka itu Isa adapun Isa diangkat Allah pada langit yang kedua di pakai bulu dan nur dan dibuang lazat makan dan minum bersama-sama Malaikat
وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ ۚ
Dan bahawasa segala mereka yang bersalah-salahan mereka itu pada Isa itu sungguh pada syak daripadanya kata setengah mereka itu muka Isa tubuh bukan tubuh Isa ia bukan Isa dan kata yang lain dialah Isa
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ
Tiada bagi mereka itu dengannya ilmu ketahui yang dibunuh itu yakin Isa
إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ
Melainkan ikut sangka-sangka sahaja
وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا

Dan tiada membunuh mereka itu akan dia dengan yakin Isa tetapi sangka-sangka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan