Selasa, 12 September 2017

An Nisa' - Ayat 127 Ms 194

وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ ۖ
Dan minta fatwa mereka itu akan dikau ya Muhammad pada perempuan adakah dapat pusaka atau laki dan yang besar sahaja dapat pusaka tiada perempuan dan kanak-kanak seperti adat jahiliah
قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ
Kata olehmu Ya Muhammad bermula Allah Ta’ala memfatwa Ia akan kamu pada mereka itu perempuan
وَمَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ
Dan barang yang dibaca atas kamu pada kitab Quran daripada hukum mirath pusaka yang telah lalu pada segala anak yatim perempuan yang tiada beri akan mereka itu barang yang difardhu bagi mereka itu daripada mirath dan kamu benci daripada berkahwin akan mereka itu kerana hodoh mereka itu dan kamu enggan bahawa nikah mereka itu pada orang yang lain kerana tamak pada mirath mereka itu arti fatwa ia akan kamu jangan kamu perbuat yang demikian itu
وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْوِلْدَانِ
Dan pada segala yan dhaif-dhaif yang kecil daripada kanak-kanak laki-laki bahawa kamu beri akan mereka itu akan segala hak mereka iu daripada pusaka
وَأَنْ تَقُومُوا لِلْيَتَامَىٰ بِالْقِسْطِ ۚ
Dan bahawa kamu berdiri bagi segala anak yatim itu dengan adil pada mirath dan mahar
وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِهِ عَلِيمًا
Dan akan barang mana yang kamu kerja daripada kebajikan maka bahawasa Allah Ta’ala dengannya itu amat Mengetahui


Tiada ulasan:

Catat Ulasan