Ahad, 19 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 19 Ms 161

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا ۖ
Hai segala mereka yang beriman tiada halal bagi kamu bahawa kamu pesakakan perempuan bagi kerabat kamu yang mat itu dengan dikerasi seperti masa jahiliyah jika dikehendaki berkahwin mereka itu akan dia dengan tiada mahar atau kahwin kepada orang lain dan apabaila mereka itu akan maharnya atau enggan mereka itu akan dia hingga tebus perempuan itu dengan harta yang ia hendak dapat pesaka atau mati ia maka ambil pesaka mereka itu akan dia maka ditegah mereka itu daripada yang demikian itu

وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ
Dan jangan kamu tegah akan mereka itu perempuan kamu daripada nikah orang lain dengan tahan mereka itu dan tiada gemar kamu pada mereka itu kerana mudharat sahaja

لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ
Kerana kamu hendak menghilang setengah barang yang kamu beri kepada mereka itu daripada mahar dan nafkah

إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
Melainkan bahawa mendatang mereka itu dengan zina yang nyata atau nusyuz maka harus bagi kamu beri mudharat mereka itu hingga tebus khulu’ mereka itu daripada kamu ini mansukh maka tiada harus mudharat isteri kerana hendakah suruh tebus pada satu mazhab

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
Dan muasyarah oleh kamu akan mereka itu dengan kebakan pada percakapan dan nafkah dan bermalam

فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ
Maka jika kamu benci akan mereka itu maka sabar kamu

فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا 

Maka mudah-mudahan bahawa kamu benci akan sesuatu dan menjadi Allah padanya kebaikan ang banyak dengan direzeki akan kamu anak yang soleh daripada mereka 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan