Selasa, 17 Mei 2016

An Nisa' - Ayat 3 (M/s 155)

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ
Dan jika kamu ketahui bahawa tiada kamu kuasa berbuat adil pada isteri kamu yang anak-anak yatim pada mahar dan nafqah giliran
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ  
 nikah oleh kamu barang yang baik bagi kamu daripada perempuan lain daripada anak yatim itu dua-dua sekali dan tiga-tiga sekali dan empat-empat sekali dan jangan lebih atasnya
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Dan jika kamu ketahui bahawa tiada kamu kuasa berbuat adil pada mereka itu dengan nafkah dan giliran maka seorang perempuan kamu nikah akan dia sahaja
أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ  
Atau barang yang milik oleh tangan kanan kamu daripada hamba perempuan kerana tiada kena hak bagi mereka itu seperti perempuan merdeka
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا  

Bermula demikian itu nikah tiada lebih empat atau nikah satu atau bergundik itu terlebih hampir bahawa tiada kamu berbuat zalim dengan nikah anak-anak yatim kerana hartanya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan