Segala mereka Yahudi yang berkata bahawasa Allah Ta’ala telah janjikan
kepada kepada kami bahawa tiada kami beriman bagi seorang Rasul itu hingga bawa
datang ia akan kami dengan korban yang makan akan dia oleh api maka tiada kami
beriman dengan engkau ya Muhammad hingga engkau bawa datang akan kami
dengannya maka makna korban itu barang yang dihampir diri dengannya kepada
Allah Ta’ala daripada ni’am dan lainnya jika datang api puteh daripada
langit maka membakar akan dia dan jika tiada tinggal ia tempatnya dan dijanji
kepada Bani Israel yang demikian itu dalam Taurat melainkan Nabi Isa dan Nabi
Muhammad tiada janji itu firman Allah Ta’ala
قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِي بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالَّذِي
قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {183}
Kata olehmu Ya Muhammad sungguh telah datang akan kamu oleh beberapa
Rasul daripada dahulu daripada aku dengan beberapa mukjizat kenyataan dan
dengan yang kamu kata itu maka kerana apa kamu bunuh akan mereka itu seperti
Nabi Zakaria dan Yahya anaknya jika ada kamu itu sebenar pada bahawa kamu
hendak beriman ketika di dating dengan korban maka khitab ini kepada Yahudi
zaman Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan perbuatan itu tok nenek mereka
itu kerana suka redha mereka itu dengan demikian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan