Isnin, 12 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 120



إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ
Jika mengena akan kamu ni’mat seperti menang dan rampasan nescaya menjahat ia akan mereka itu
وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا ۖ
Dan jika mengena akan kamu oleh kejahatan seperti kalah perang dan kemarau suka mereka itu dengannya
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ
Dan jika kamu sabar dan kamu takut akan Allah tiada mudharat akan kamu daya mereka itu suatu
إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ {120}
Bahawasanya Allah Ta’ala dengan barang yang beramal mereka itu meliputi maka membalas ia akan mereka itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan