Rabu, 26 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 99



قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا
Hai ahli kitab kerana apa kamu palingkan manusia daripada jalan agama Allah akan mereka yang beriman dengan kamu dusta Nabi dan sembunyi sifatnya kamu tuntut akan jalan yang betul beri jadi bengkok
 وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ ۗ
Dan kamu itu ketahui kamu dengan bahawa agama yang diredhai itu agama Islam seperti dalam kitab kamu
وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ {99}
Dan tiada Allah Ta’ala itu dengan lalai daripada barang yang kamu kerja daripada kufur akan Allah dan dusta nabinya dita’khir akan azab kamu kepada waktu kamu supaya dibalas akan kamu dan turun tatkala lalu setengah yahudi atas jamalah Aus dan Khazraj maka marah akan dia berjinak-jinak mereka itu maka sebut ia akan mereka itu barang yang jadi antara mereka itu masa jahiliyah daripada fitnah dan berbunuh-bunuh maka berbangkit marahlah mereka itu dan hampir berperang mereka itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan